Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Selidik dulu sebelum membeli produk yang dijual di pasaran- Jainab

8:05pm 18/04/2016 Leolerry Lajius 99 views Perniagaan,Tempatan
Jainab (tengah) menunjukkan Uni Mocha Cafe selepas sidang media berkenaan.

Jainab (tengah) menunjukkan Uni Mocha Cafe selepas sidang media berkenaan.

KOTA KINABALU: Masyarakat  dinasihatkan agar memastikan  produk yang dibeli di pasaran adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Hj. Ahmad Ayid, langkah itu adalah penting bagi mengelakkan sesuatu yang tidak baik berlaku akibat mengambil produk yang tidak diketahui kandungannya.

“Kita harus berhati-hati dengan produk yang semakin banyak dijual di pasaran dan adalah lebih baik merujuk kepada pihak yang berwajib seperti Jabatan Kesihatan sebelum mengambil produk tersebut,” katanya ketika ditemui media di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Jainab juga menyeru agar masyarakat melibatkan diri dalam bidang keusahawanan kerana bidang ini merupakan salah satu platform yang boleh menjana pendapatan yang lumayan.

“Kita boleh mengambil contoh melalui inisiatif Uni Legacy Sdn Bhd ini yang menjadi penjual dan pengedar kepada produk Uni Mocha Café iaitu Kopi Pracampur dengan Koko dan Delima yang turut memberi peluang kepada masyarakat untuk menjadi pengedar.”

“Antara kebaikan minuman ini adalah melawan pertumbuhan kanser, penyakit jantung, mengurangkan lemak dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat,” katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan