Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Selfie askar cetus kemarahan

askar rusia

MOSCOW: Gambar selfie yang disiarkan tentera Russia mencetuskan konflik kerana dipercayai diambil di Ukraine walaupun Moscow menafikan tenteranya mencerobohi kawasan yang dilanda konflik itu.

Kontroversi tercetus selepas Alexander Sotkin, 24, menggunakan akaun Instagram miliknya untuk menyiarkan beberapa gambar ‘selfie’ sambil berpakaian seragam.

Walaupun gambar dimuat naik tidak menunjukkan lokasinya, data lokasi gambar menggunakan ‘geotag’ jelas menunjukkan ia diambil di Ukraine.

Beberapa gambar yang diambil pada awalnya menunjukkan lokasi di perkampungan Voloshino di selatan Russia, pangkalan yang menempatkan pasukannya.

Namun, geotag menyatakan dua gambar lagi disiarkan Sotkin pada 5 dan 6 Julai lalu meletakkan kedudukannya hanya 10 kilometer melepasi sempadan Ukraine

Dua gambar itu dipercayai membuktikan tentera Russia sudah menyeberangi sempadan Ukraine walaupun dakwaan itu dinafikan Kremlin.

Menurut seorang pakar komputer adalah mustahil bagi seseorang memalsukan maklumat lokasi kerana memerlukan kepakaran meluas dalam komputer seperti pengekodan.

Menteri Pertahanan Russia enggan mengulas lanjut perkara ini.

Sementara itu, BuzzFeed melaporkan beberapa tentera Russia turut menyiarkan aktiviti mereka menerusi aplikasi laman sosial Vkontakte utama di negara itu.

Gambar yang tidak menyertakan sebarang maklumat atau data geolokasi memberi gambaran Russia ada melepaskan tembakan ke Ukraine seperti didakwa Kiev dan Washington.

“Kami melancarkan serangan ke atas Ukraine sepanjang malam,” kata seorang askar, Vadim Grigoriyev pada 23 Julai lalu. Gambarnya itu menunjukkan dua meriam di kawasan ladang gandum dengan beberapa kotak peluru yang terbuka berhampiran.

“Sudah lama gambar itu diambil. Mungkin akaun Vkontakte saya dicerobohi,” kata Grigoriyev. – AFP

Komen


Berita Berkaitan