Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seleweng dana: 3 pemimpin pemuda direman

KETUA Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar (tengah), Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim (kanan) dan Ketua Wira Parti Warisan Sabah, Datuk Mohd Azis Jamman direman lima hari untuk membantu siasatan SPRM. – Foto Izahari Ariffin.

 

KOTA KINABALU: Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar, Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim dan Ketua Wira Parti Warisan Sabah, Datuk Mohd Azis Jamman ditahan reman lima hari bermula hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat perintah reman itu bagi membantu siasatan penyelewengan dana awam untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Cindy Mc Juce Balitus, berikutan permohonan reman difailkan SPRM.

Jamawi diwakili peguam Arthur Bonnie, Shahlan Jufri dan Mohd Azhier A Farhan Arifin, manakala peguam Hamid ismail mewakili Ariffin.

Mohd Azis pula diwakili peguam Martin Tommy, Loretto J Padua, Cedric Choo, Norazmi Alimat dan Jaikol Situn.

Sementara itu, SPRM diwakili Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd Faliq Basiruddin.

Ketiga-tiga pemimpin politik itu keluar dari kamar mahkamah pada jam 1.55 tengah hari.

Mereka disiasat bagi berkaitan siasatan penyelewengan dana awam berjumlah RM1.5 bilion yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah antara 2010 dan 2016. –  BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan