Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SELESEMA BURUNG TERKAWAL: MENTERI KESIHATAN

Menteri Kesihatan Dan Kesejahteraan Rakyat Kementerian Kesihatan Dan Kesejahteraan Rakyat, Stephen Wong Tien Fatt. Gambar fail SNT

KOTA KINABALU: Wabak selesema burung atau Avian Influenza di Sabah adalah terkawal dengan tiada kes terbaharu direkodkan berlaku dalam tempoh seminggu selepas ia dikenalpasti berlaku di Kampung Loputung dan Kampung Kauluan, Tuaran.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Stephen Wong Tien Fatt berkata, tiada laporan setakat ini berkaitan jangkitan wabak tersebut ke atas orang ramai dan pihaknya mengesahkan kes tersebut kini dikategorikan sebagai terkawal.

“Pihak Jabatan Perkhidmatan Veteriner Sabah dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah bekerjasama rapat untuk mengawasi keadaan ini dan boleh dikatakan bahawa wabak ini adalah terkawal.

“Bagaimanapun, saya belum mendapat jumlah terkini unggas yang telah dilupuskan di dua kawasan yang telah terjejas dan masih dikuarantin itu, tetapi saya boleh katakan ratusan telah lupuskan sejak wabak itu dikesan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan pembukaan Artistry Dental Lab yang terletak di Damai Plaza, Luyang. Ia turut dihadiri Pengarah Urusannya, George Wong.

Wabak selesema burung mula dikesan pada 8 Ogos lalu di Kampung Kauluan, Tamparuli.

Operasi Pengurusan Wabak Tuaran Jabatan Perkhidmatan Veteriner Sabah menjangkakan sebelum ini langkah pelupusan unggar dan kuarantin di kawasan terjejas itu mengambil masa kira-kira lebih sebulan untuk diselesaikan.

Virus Avian Influenza yang dikesan di ladang ternakan di Kampung Kauluan itu disahkan varian H5N1 yang boleh berpindah dari haiwan ke manusia namun tiada kes sedemikian yang ditemui di kawasan terjejas. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan