Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,818

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Selesaikan Isu Laut China Selatan Secara Aman – Najib

12:59pm 21/11/2015 Pak Roshan 66 views Isu Semasa,Mutakhir
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR – Pertikaian mengenai tuntutan wilayah di Laut China Selatan perlu diselesaikan secara aman dengan berpandukan undang-undang antarabangsa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berucap merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini, Perdana Menteri menyeru semua pihak supaya mengawal diri daripada bertindak mengikut perasaan.

“Kita memberi penekanan terhadap pentingnya menyelesaikan pertikaian secara aman, sejajar dengan undang-undang antarabangsa, termasuk UNCLOS (Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut). Justeru, kita menyeru semua pihak supaya mengawal diri dan mengelak daripada mengambil tindakan yang boleh merumitkan atau meningkatkan lagi ketegangan,” katanya.

Najib juga meminta semua negara di rantau ini bertindak sebagai ASEAN di peringkat antarabangsa dan menegaskan bahawa dengan bertindak secara bersama, kekuatan mereka akan jauh lebih hebat daripada bertindak bersendirian manakala dunia pula akan mengiktiraf serta menghormati kebangkitan ASEAN dan segala pencapaiannya setakat ini.

Ini, kata beliau, termasuk memelihara keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan