Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Selesai segera masalah jalan raya Kampung Padang Tembak

 Sairin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga emas pada majlis itu. - foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Sairin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga emas
pada majlis itu. – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

KENINGAU –  Masalah jalan raya sepanjang 10 kilometer di Kampung Padang Tembak dekat sini, yang masih belum dinaiktaraf telah dikemukaan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Sairin Karno berkata, permohonan tersebut dikemukakan sejak dahulu lagi, namun sehingga kini masih belum ada jawapan diterimanya.

“Kita berharap pihak yang berkenaan dapat mengambil perhatian berhubung masalah ini yang sudah memakan masa yang begitu lama” katanya semasa berucap merasmikan majlis berbuka puasa di sini semalam.

Katanya, sebagai wakil rakyat di kawasan ini, beliau sudah menjalankan tanggungjawab dengan mengemukakannya kepada pihak yang berkenaan namun tindakan belum diambil menyebabkan penduduk di sini berterusan membangkitkan masalah ini.

Sairin yang juga Ketua UMNO Bahagian Keningau berkata, usaha untuk memohon agar jalan raya itu dinaiktaraf akan diteruskan memandangkan ia merupakan jalan perhubungan utama penduduk di kawasan itu untuk meningkatkan sosioekonomi mereka selain memudahkan mereka ke Pekan Keningau. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan