Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Selepas Malaysia, Indonesia pula

Serangan bom di Jakarta Januari lalu, menyebabkan lapan terbunuh dan lebuh 20 lagi cedera. - Foto Fail/EPA
Serangan bom di Jakarta Januari lalu, menyebabkan lapan terbunuh dan lebuh 20 lagi cedera. – Foto Fail/EPA

Sydney: Kerajaan Australia mengeluarkan amaran pengganas mungkin sedang bersiap melakukan serangan di Indonesia dan menasihatkan mereka yang mahu ke negara itu mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk di kawasan pelancongan Bali.

Jabatan Perdagangan dan Hubungan Luar Australia yang mengeluarkan nasihat perjalanan itu menyatakan ada petunjuk serangan dalam perancangan untuk dilakukan dan memberi amaran berjaga-jaga ketika berada di kawasan beribadat dan hari cuti.

Amaran itu dikeluarkan sehari selepas negara berkenaan memberi amaran pengganas mungkin merancang serangan di Kuala Lumpur.

Pada 14 Januari lalu, sekumpulan pengganas melancarkan serangan bom di Jakarta menyebabkan lapan terbunuh dan menurut Australia, pihaknya berterusan menerima maklumat menunjukkan pengganas merancang serangan di Indonesia yang boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa. – AP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan