Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,173

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Selepas 2 Tahun, Lokasi Carian MH370 Mungkin Salah: Pakar

7:12pm 21/12/2016 Pak Roshan 960 views Isu Semasa,Mutakhir

mh370

SYDNEY: Selepas dua tahun,pakar yakin lokasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 selama ini salah dan mungkin lokasi pesawat itu berada di kawasan lebih jauh ke utara.

Analisis terkini oleh pasukan penyiasat antarabangsa menyimpulkan bahawa pesawat Boeing 777 itu tidak mungkin berada dalam zon carian dan sebaliknya mungkin berada di kawasan lain yang jauh ke utara. Meskipun pasukan tersebut dijadualkan untuk menghabiskan pencarian sonar lautan dalam mereka beberapa minggu lagi,  kemungkinan melanjutkan carian di bahagian utara menimbulkan kesangsian, dengan Menteri Pengangkutan Australia menyatakan bahawa data yang diperoleh daripada analisi kurang lengkap untuk meneruskan pencarian ke kawasan baru.

Menteri Pengangkutan Australia Darren Chester berkata, pencarian tidak akan mungkin dilanjutkan lebih daripada tempoh misi pencarian dijadualkan berakhir, iaitu sekitar Januari atau Februari 2017, menamatkan pencarian bernilai $160 juta itu.

“Pemerintah Australia, Malaysia dan China, yang membiayai pencarian, sebelum ini telah sepakat untuk menangguhkan pencarian kecuali ada bukti yang munasabah berkenaan lokasi MH370,” kata Chester lagi.

Biro Keselamatan Transportasi Australia (ATSB) yang bertugas untuk mengkoordinasikan pencarian, mengadakan tinjauan dengan pasukan multinasional pada November lalu.

Daripada laporan terbaru, terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa kawasan yang menjadi fokus pencarian pesawat itu bukanlah lokasi sebenar penerbangan itu berakhir.

Kapal pencari MH370 telah menjelajahi kawasan laut seluas 120.000 km persegi di Lautan Hindi.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Liow Tiong Lai masih belum memberikan kata putus sama ada untuk meneruskan atau memberhentikan misi di kawasan carian baru.

“Kami masih berpegang kepada harapan terhadap bagaimana maklumat baru iini boleh digunakan untuk membantu kami mengenal pasti lokasi pesawat tersebut.”

Apabila ditanya mengenai carian, seorang jurucakap kementerian luar China tidak mengulas tentang peranan China dalam usaha carian itu setakat ini.

Menurut pakar oceonografi Australia, David Griffin, yang mengusahakan analisis bagaimana serpihan debris hanyut berkata beliau yakin pesawat itu berada di kawasan pencarian yang baru dikenal pasti itu.

Beliau juga menolak kemungkinan analisis terbaru itu menyimpulkan bahawa pencarian setakat ini adalah usaha yang sia-sia, dengan mengatakan bahawa zon carian semasa adalah berdasarkan data yang terbaik pada masa itu.

“Benar lokasi MH370 mungkin berada di lokasi pencarian yang telah ditetapkan buat masa ini, tetapi maklumat baru tersebut tidak menjelaskan serta-merta bahawa terdapat kemungkinan serpihan pesawat dapat ditemui di bahagian utara,” kata Griffin.

Sebagai sebahagian daripada analisis mereka, Griffin dan pasukannya membina replika sekeping serpihan pertama yang ditemui– serpihan sayap dikenali sebagai flaperon yang ditemui di Pulau Reunion di luar pantai Afrika pada Julai 2015. Pasukan itu kemudian membiarkan replika itu hanyut, mengukur kelajuan replika-replika itu bergerak dan mengenal pasti sama ada tiupan angin mempengaruhi kadar kelajuan objek-objek tersebut bergerak.

Mereka kemudiannya menggerakkan simulasi komputer kebarangkalian bagaimana bahagian pesawat itu hanyut, yang membantu memberi gambaran dari mana objek-objek itu berasal.

Zon carian yang baru dikenal pasti itu tidak merangkumi kawasan yang telah diterokai, tetapi para pasukan masih belum menerjah ke kawasan yang lebih luas untuk membuat keputusan yang muktamad, kata Griffin. – mynewshub

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan