Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Selena Gomez Adakan Konsert Pertama Di Malaysia

9:42am 06/04/2016 Pak Roshan 117 views Hiburan

1-3

PENYANYI antarabangsa, Selena Gomez bakal memulakan konsert jelajah dunianya pada minggu hadapan dan Malaysia merupakan salah satu negara yang akan menerima kunjungannya.

Konsert Selena di Malaysia akan diadakan di Stadium tertutup Malawati, Shah Alam pada 25 Julai dan ini merupakan sebahagian dari The Revival Tour yang akan dijayakan oleh Selena di serata dunia.

Pada Oktorber lalu, penyanyi pop ini telah melancarkan album solo keduanya, Revivalyang menampilkan lagu Good For You, Same Old Love dan Hands To Myself.

Bagi mereka yang berada di Malaysia dan ingin menjadi sebahagian dari konsert tersebut, tiket akan mula dijual pada 11 April sekitar 10 pagi di laman web www.prworldwidelive.com dan rangkaian Rock Corner di Gardens Mid Valley, The Curve dan Subang Parade.

Harga tiket konsert Selena ini dijual bermula dari harga RM285. -MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan