Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Selaras Senapang Patah, 50 Butir Peluru Dilarikan Penjenayah Di Tanghilan

4:49pm 12/06/2016 Pak Roshan 3621 views Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

TUARAN : Selaras senapang patah dan 50 butir peluru dilarikan penjenayah dalam kejadian pecah rumah di Kampung Lapai, Tenghilan dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Abdul Fuad Abdul Malik berkata dalam kejadian dipercayai berlaku di antara 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari itu, penjenayah turut melarikan satu lesen memandu dan wang tunai RM60.

“Kejadian pecah rumah itu hanya disedari pemilik rumah selepas balik sembahyang di gereja. Pintu di bahagian depan rumah berkenaan telah dirosakkan dan pemeriksaan mendapati rumah tersebut telah diselongkar dan kesemua barangan tersebut telah hilang,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pemilik rumah berkenaan yang juga merupakan pemegang Lesen Senjata Api yang diperolehi sejak 1983 kemudian membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Belud Supt Mohd Zaidi Abdullah berkata pada hari yang sama, pasukan peronda IPD Kota Belud turut menerima maklumat mengenai kejadian kes pecah rumah di Kampung Mandap, Kota Belud pada kira-kira 7.45 pagi.

“Apabila sampai di lokasi itu pasukan peronda terserempak dengan sebuah kereta jenis Isuzu D-Max yang mencurigakan. Pasukan peronda kemudiannya mengejar kereta berkenaan sehingga ke sempadan Kota Belud-Tuaran sebelum kereta itu terbabas di Kampung Lapai.

“Sejurus selepas terbabas, pemandu (suspek) kereta Isuzu D-Max itu telah melarikan diri dan gagal ditemui dan pemeriksaan awal mendapati kenderaan itu menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya.

Mohd Zaidi berkata bagaimanapun pihaknya belum dapat mengenal pasti sama ada kes berkenaan mempunyai kaitan dengan kejadian pecah rumah di Kampung Lapai.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan