Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Selamba berus gigi buaya

MICHAEL membersihkan gigi Chomper.
MICHAEL membersihkan gigi Chomper.

Florida: Seorang lelaki dirakamkan memberus gigi buaya peliharaannya dan dengan selamba memasukkan tangan ke dalam mulut reptilia itu.

Lelaki dikenali sebagai Michael itu langsung tidak gerun dengan taring buaya yang tajam itu seperti ditunjukkan dalam video yang menunjukkan dia melutut di depan mulut haiwan peliharaannya, Chomper, dan membersihkan gigi atas serta bawah reptilia itu.

Malah, Chomper sendiri nampak seronok dengan kerja itu. Pada satu ketika dia memegang mulut buaya itu untuk memastikan semua gigit haiwan itu sudah dibersihkan.

Video itu dimuat naik ke YouTube baru-baru ini dengan kapsyen ‘“Usah fikirlah bagaimana dia berani duduk begitu rapat dengan haiwan yang mampu membahamnya dengan mudah.” – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan