Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Selamatkan Anak, Ayah Terkorban

Foto Ehsan Bomba

TAWAU: Seorang lelaki berjaya menyelamatkan anaknya daripada dibawa arus tetapi akhirnya beliau pula menjadi mangsa lemas di sungai Kampung Balung Cocos di sini hari ini.

Mangsa  berumur 34 tahun dikenapasti sebagai Rony Alberto.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima laporan berkenaan dan menggegaskan anggota Bomba ke lokasi kejadian seterusnya bertindak melakukan surface rescue disekitar lokasi.

Mangsa berjaya ditemui oleh pasukan Bomba dan orang awam pada jam 5.06 petang di sekitar lokasi dia dilaporkan lemas.

Selepas ditemui, mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tamat sepenuhnya selepas sejam mangsa ditemui. – Oleh Alfred Petrus/SabahNewsToday

Anggota bomba penyelamat dan orang awam mengusung mangsa selepas ditemui petang tadi.Foto Ehsan Bomba

Komen


Berita Berkaitan