Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Selamat RM93,000

9:18am 21/01/2016 Pak Roshan 3253 views Global

duit

Beijing: Sepasang suami isteri menghabiskan masa dari jam 7 pagi hingga tengah malam dengan tekun dan sabar untuk melekatkan semula 140,000 yuan (RM93,000) yang disiat ayah lelaki terbabit.

Pasangan dari Liaoning itu akhirnya berjaya melekatkan semula wang berkenaan dalam tempoh dua bulan.

Wang itu sebahagian daripada hasil jualan rumah bapa lelaki terbabit, Chen, 85, berjumlah 200,000 yuan (RM133,000).

Kerana mahu mengajar anaknya bahawa ketaasuban masyarakat terhadap wang sebenarnya tidak bermanfaat, dia menyiat sejumlah besar wang itu menggunakan mesin penyiat kertas.

“Lupakan saja wang itu!” katanya kepada pasangan itu yang nyata terkejut dengan perbuatannya.

Anaknya berkata, dia sebenarnya cuba memujuk ayahnya menyimpan wang hasil jualan rumah itu di dalam bank disebabkan jumlahnya terlalu banyak.

“Saya tidak sangka dia bertindak seperti itu,” katanya.

Namun, wang berjumlah 60,000 yuan (RM40,000) tidak sempat disiat, membolehklan pasangan itu menyimpan wang berkenaan di dalam bank.

Katanya, ayahnya itu berbeza daripada orang lain kerana tidak mementingkan wang. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan