Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sekumpulan Murid 9 Tahun Rancang Bunuh Guru

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

New York – Sekumpulan murid berusia sembilan tahun didakwa merancang membunuh guru mereka dengan sabun pembersih tangan dalam bilik darjah mereka selepas mereka dimarahi guru berkenaan.

Murid itu percaya guru terbabit alah kepada sabun berkenaan.

Polis tempatan menyiasat kes itu dengan bantuan pihak berkuasa di Sekolah Rendah Elba.

Bagaimanapun mereka menutup kes itu selepas mendapati jenayah itu dirancang, tetapi tidak dilaksanakan.

Menurut laporan, sekolah itu diberi pilihan untuk merujuk kes terbabit ke mahkamah remaja. Bagaimanapun pihak sekolah memutuskan untuk menyelesaikannya sendiri.

Mengulas mengenai kejadian itu, Syerif Genesee County Jerome E Brewster berkata: “Murid itu mengetahui guru mereka alah kepada sabun pencuci tangan antibakteria dan mereka mula bercakap mengenainya kerana tidak sukakan guru berkenaan.” – Agensi

Komen


Berita Berkaitan