Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sektor swasta prihatin bantu golongan kurang bernasib baik

Ketua Pegawai Eksekutif Giat Mara, Datuk Rosdi Ismail menyampaikan bantuan kepada salah seorang mangsa kebakaran. - foto Jimmy Tan / sayangsabah
Ketua Pegawai Eksekutif Giat Mara, Datuk Rosdi Ismail menyampaikan bantuan kepada salah seorang mangsa kebakaran. – foto Jimmy Tan / sayangsabah

KOTA KINABALU – Sempena bulan Ramadhan, nasib golongan berpendapatan rendah, warga emas dan anak-anak yatim terus mendapat perhatian daripada pihak swasta.

Selain itu, penduduk yang menjadi mangsa bencana turut diberikan bantuan sumbangan berupa barangan keperluan asas dan wang tunai bertujuan meringankan beban golongan berkenaan.

Antara yang memberikan sumbangan ialah Pusat Giat Mara yang menghulurkan sumbangan kepada 106 buah keluarga mangsa kebakaran Kampung Gusung, Likas.

Bantuan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohd Rosdi Haji Ismail dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Cenderakasih, Kolombong hari ini.

Sementara itu pasaraya besar Giant turut menghulurkan bantuan RM10,000 kepada 150 orang penduduk beberapa kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai.

“Bantuan baucer RM100 setiap seorang itu adalah bagi memberi peluang golongan berpendapatan rendah untuk membeli barangan keperluan khususnya persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Pengurusnya, Daniel Ong ketika ditemui media hari ini.

Kedua-dua majlis penyampaian bantuan itu disaksikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid yang turut memghulurkan sumbangan peribadi kepada para penerima terbabit.
oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Jainab menyampaikan baucer pasaraya Giant kepada salah seorang penerima. - foto Jimmy Tan / sayangsabah
Jainab menyampaikan baucer pasaraya Giant kepada salah seorang penerima. – foto Jimmy Tan / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan