Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,301

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sektor minyak dan gas akan terus menjadi penyumbang penting kepada ekonomi Sabah

12:47pm 08/08/2016 Leolerry Lajius 220 views Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

KOTA KINABALU:  Sektor minyak dan gas akan terus menjadi salah satu sektor penyumbang penting kepada ekonomi Sabah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata, pada masa ini, 30 peratus daripada rizab minyak di negara ini terletak di luar pesisir pantai Negeri Sabah, tidak termasuk rizab-rizab minyak baru berpotensi yang sedang diterokai di kawasan darat di negeri ini.

“Saya percaya walaupun di sebalik kelembapan ekonomi global, komoditi minyak akan terus menjadi ‘emas hitam’ (black gold) yang akan menerima permintan yang tinggi pada masa hadapan dan akan terus menyumbang secara signifikan kepada ekonomi negeri ini,”katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa pembangunan Taman Perindustrian Minyak dan Gas (SOGIP) di Sipitang membuktikan yang Kerajaan Negeri mempunyai visi jangka panjang untuk memajukan lagi sektor minyak dan gas di negeri  ini.

“Antara projek yang berimpak tinggi yang terletak di SOGIP adalah Projek Sabah Amonia Urea (SAMUR) yang dijangka akan siap pada hujung tahun ini dan mula beroperasi pada tahun 2017.”

“Pelaksanaan projek-projek mega tersebut telah menyumbang kepada peningkatan signifikan harga dan sewa hartanah di kawasan berkenaan selain turut menarik minat pelabur-pelabur luar untuk melabur di SOGIP,”katanya.

Tambah beliau Projek Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) yang terletak di Kimanis merupakan antara projek berimpak tinggi dalam sektor minyak dan gas.

“SOGT adalah projek terminal dan gas bersepadu yang pertama di negara ini dan telah beroperasi dengan lancar sejak tahun 2014,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh ADUN Sugut Datuk James Ratib yang bertanyakan mengenai adakah faktor penurunan harga minyak dunia turut menjejaskan pelaburan kerajaan negeri dalam industri minyak dan gas dan apakah langkah yang diambil untuk memastikan matlamat pelaburan industri minyak dan gas dapat dicapai walaupun berhadapan kelembapan ekonomi global, sempena persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah(DUN)  mesyuarat kedua penggal keempat di DUN Sabah yang ke-14, di sini, hari ini.

Sementara itu ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh ADUN Klias Datuk Seri Panglima Hj. Lajim Hj. Ukin, yang inginkan kepastian sejauh manakah projek SAMUR mengutamakan pengambilan anak tempatan Sabah untuk bekerja di tempat berkenaan.

Beliau berkata bahawa, pengambilan pekerja di projek berkenaan adalah mengutamakan anak tempatan Sabah dan dakwaan bahawa anak jati Sabah dianaktirikan dan lebih mengutamakan pekerja asing adalah tidak benar.

Di samping itu, beliau turut menyeru  anak-anak muda di negeri ini agar melanjutkan pelajaran terutama dalam bidang industri gas, agar kekurangan pekerja dalam sektor ini dapat diisi oleh anak tempatan Sabah.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan