Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seksa Penjara, Ameng Habiskan Masa Dalami Islam

9:58am 23/06/2016 Pak Roshan 491 views Hiburan,Mutakhir
Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau Ameng Spring diiringi Pengarah Penjara Kluang, Zawari Abd Rashid (dua dari kanan) melambai tangan selepas menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara kluang atas kesalahan dadah. - Foto Syarafiq Abd Samad

Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau Ameng Spring diiringi Pengarah Penjara Kluang, Zawari Abd Rashid (dua dari kanan) melambai tangan selepas menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara kluang atas kesalahan dadah. – Foto Syarafiq Abd Samad

MENJALANI hukuman selama beberapa tahun di dalam penjara bukanlah perkara yang mudah untuk dilupakan. Bagi Ameng, tahun pertama di dalam penjara merupakan penglaman pahit yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan.

Ameng akui mengalami kemurungan yang teruk sepanjang tahun pertama di dalam pernajra akibat kesalahan dadah tetapi semangatnya mula kembali apabila dia membuat keputusan untuk mendalami agama islam.

“Saya tidak berdaya nak senyum dan hampir setiap masa saya hanya mengalirkan air mata. Ketika solat menangis, ketika nak makan juga saya menangis.

“Tak ada kawan untuk saya bercakap dan mengadu, itu menyebabkan saya hilang keyakinan diri. Ketika itu saya sudah membayangkan diri akan menjadi gila dengan keadaan yang sebegitu di penjara.

“Saya akan mencari seorang banduan yang pandai mengaji dan meminta dia mengajar saya setiap hari sehingga akhirnya saya khatam Al-Quran dalam tempoh empat bulan. Dalam tempoh itu saya juga boleh mengajar orang lain mengaji,” katanya kepada Projek MMO.

Pada April 2011, Ameng telah dijatuhkan hukuman 8 tahun penjara serta 10 sebatan kerana tiga kesalahan, dua daripadanya kerana memiliki dadah.

Walau bagaimanapun, dia dibebaskan pada 14 Jun lalu kerana berkelakuan baik sepanjang tempoh berada di dalam penjara. -MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan