Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sekolah Terjejas Gempa Di Ranau Sedang Dibaiki – JPNS

sekolah

KOTA KINABALU : Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip berkata sekolah yang mengalami kerosakan akibat gempa bumi di Ranau pada Jun lepas kini sedang dibaiki dan dibina semula.

Katanya Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) telah mendapat separuh daripada peruntukan yang dipohon daripada kerajaan persekutuan bagi membaiki sekolah yang mengalami kerosakan.

JPNS, katanya menerima peruntukan hampir RM16 juta bagi kerja-kerja membaiki dan menyelenggara lebih 80 buah sekolah yang mengalami kerosakan.

“Sekarang kita dalam proses pembaikan serta membina kelas sementara dan kekal untuk pelajar,” katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra sempena sambutan Aidilfitri anjuran JPNS di sini, Khamis.

Jame berkata proses pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah terjejas masih berjalan lancar dan seperti biasa.

“Saya meminta guru-guru mengutamakan prestasi pembelajaran terutama murid tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah dalam tempoh sebulan lagi bagi memastikan keputusan peperiksaan melonjak tahun ini,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan