Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sekolah terjejas banjir boleh mulakan sesi persekolahan

Mary Yap (tengah) ketika melawat persiapan salah sebuah sekolah yang terjejas banjir di daerah ini memulakan persekolahan Isnin ini. - foto Masani Sandan
Mary Yap (tengah) ketika melawat persiapan salah sebuah sekolah yang terjejas banjir di daerah ini memulakan persekolahan Isnin ini. – foto Masani Sandan

TAWAU – Beberapa sekolah di Sabah yang terjejas akibat banjir dan mengalami sedikit kerosakan infrastruktur boleh memulakan sesi persekolahan pada tarikh yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Timbalan Menteri Pendidikan Satu, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, beliau yang Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang terlibat, mengesan kerosakan yang berlaku dan segera melaporkannya untuk kerja pembaikan.

“PPD perlu mengesan kerosakan dan ambil tindakan segera dan juga perlu mengenalpasti punca menyebabkan air naik di kawasan sekolah,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tiga buah sekolah yang terjejas banjir di daerah ini di sini kelmarin iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 22, SK Kuala Apas dan SK Wakuba.

Menurutnya, tindakan drastik dalam mengenalpasti punca penyebab banjir di kawasan sekolah perlu dilakukan sebagai langkah pencegahan dan persediaan pada masa akan datang.

Mengulas lanjut beliau berkata, semua pihak yang terlibat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam melaksanakan suatu perancangan membabitkan pembangunan di sekolah. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan