Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sekolah serba kekurangan dorong Nur Alib catat 9A

Nur Alip Hariyono. - foto Monica Gidong
Nur Alip Hariyono. – foto Monica Gidong

KOTA KINABALU – Kekurangan kemudahan asas di sekolah menjadi dorongan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkon Kota Marudu, Nur Alib Hariyono, yang membuktikan faktor tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014.

Hasil kesungguhannya, anak bongsu daripada dua beradik itu bersyukur kerana muncul salah seorang daripada 10 pelajar cemerlang SPM 2014 setelah meraih keputusan 9A+, 1A, 1A- dalam peperiksaan SPM tahun lalu.

“Keadaan sekolah saya itu menguatkan lagi semangat kami untuk terus belajar dan bersaing dengan pelajar-pelajar lain di kawasan bandar. Selain itu, ini juga membuktikan bahawa walaupun pelajar SMK Langkon menumpang bangunan sekolah rendah, SK Langkon Kota Marudu, namun kegigihan guru-guru mengajar dan kesungguhan pelajar membuahkan hasil yang baik,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Nur Alib anak jati Kampung Langkon yang mendapat keputusan 4A, 1B dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) terus mengekalkan kecemerlangannya apabila mendapat keputusan 9A+, 1A, 1A- dalam peperiksaan SPM.

Beliau yang bercita-cita menjadi seorang jurutera Aeronautik berkata, perancangan seterusnya ialah mahu melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di luar negara sekiranya berjaya memperolehi biasiswa.

Duta Yayasan Hijau Malaysia 2014 itu berkata, dia hanya meluangkan masa sekurang-kurangnya lima jam untuk mengulangkaji dan membuat kerja rumah.

“Tetapi kadang-kadang tidak tentu sebab saya selalu tolong ibu bapa saya berniaga di pasar tani,” katanya yang pernah mewakili sekolah menghadiri persidangan Teknologi Hijau di Uniten.

Muhd Ilham (kiri) dan Jame menunjukkan gambar ketika beliau menyampaikan sijil tamat persekolahan pra sekolah kepada Muhd Ilham pada tahun 2003. - foto Monica Gidong
Muhd Ilham (kiri) dan Jame menunjukkan gambar ketika beliau menyampaikan sijil tamat persekolahan pra sekolah kepada Muhd Ilham pada tahun 2003. – foto Monica Gidong

Sementara itu, seorang lagi pelajar luar bandar, Muhd. Ilham Fuad Awang Mohammad, 17 dari SMK Matunggong Kudat berkata, dia menggunakan sepenuhnya masa terluang sama ada di sekolah atau di rumah untuk mengulangkaji pelajaran.

“Saya tidak ada jadual belajar, tetapi saya gunakan masa terluang di sekolah untuk membuat kerja rumah yang diberikan oleh cikgu dan mengulangkaji pelajaran di rumah,” kata anak tunggal yang mendapat keputusan 9A+, 1A.

Seorang lagi pelajar cemerlang Tan Wei Shan dari SM Lok Yuk Kota Kinabalu yang mendapat keputusan 10A+, 1A, turut berkongsi kejayaannya iaitu dengan cara memahami setiap apa yang saya pelajari dan bukan menghafal.

Seramai 10 calon SPM 2014 di negeri ini mendapat keputusan cemerlang. Mereka ialah Tan Wei Shan dari SM Lok Yuk Kota Kinabalu mendapat 10A+, 1A, Idayu Mumtaz Iskandar, pelajar Maktab Sabah (9A+,2A), Suren Vynn Chander dari SM St.Joseph Papar (9A+, 1A, 1A-), Nur Alib Hariyono dari SMK Langkon Kota Marudu (9A+, 1A, 1A-), Ellen Chai Voon Kah dan Janice Kwan Kah Weng dari SMK Sung Siew Sandakan masing-masing mendapat keputusan 9A+, 1A, 1A-.

Noor Izzati Ambok Chening dari SMK Agama Kota Kinabalu mendapat keputusan 9A+, 1A, 1B+, Muhd Ilham Fuad Awang Mohammad dari SMK Matunggung Kudat (9A+,1A), Allysa Loo Zainal dari SM Lok Yuk Kota Kinabalu (9A+, 1A-) dan Fatimah Matlin dari SM Sains Lahad Datu mendapat keputusan 9A+. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan