Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sekolah jadi pusat Akademi Bola Sepak

Rosnah Abdul Rashid Shirlin (kiri) menerima cendera kenangan daripada Pengerusi Penganjur, Suresh Muniandy (tengah) selepas merasmikan kejohanan tersebut. - foto Monica Gidong
Rosnah Abdul Rashid Shirlin (kiri) menerima cendera kenangan daripada Pengerusi Penganjur, Suresh Muniandy (tengah) selepas merasmikan kejohanan tersebut. – foto Monica Gidong

KOTA KINABALU – Sekolah-sekolah di negeri boleh dijadikan pusat bagi pembangunan bola sepak tempatan khususnya bagi mengasah bakat muda sebagai pemain pelapis bermutu dalam sukan nombor satu negara itu.

Ini memandangkan sekolah mempunyai kemudahan asas seperti asrama dan padang bola selain program-program dilaksanakan persatuan sukan termausk menerusi Persatuan Bola Sepak Sabah (Sabah FA) di peringkat daerah.

Justeru, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mencadangkan agar Akademi Bola Sepak diwujudkan di setiap daerah sebagai strategi jangka panjang untuk mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Persatuan-persatuan bola sepak dengan sokongan serta kerjasama Sabah FA di semua daerah perlu proaktif mengadakan kejohanan bola sepak, latihan, klinik bola sepak  serta program-program yang lain, agar sukan bola sepak di negeri ini boleh berkembang maju.

“Di samping itu ia dapat menampilkan bakat baru sebagai pemain pelapis yang akan mengambil alih peranan pemain lama apabila mereka bersara ,” katanya ketika berucap merasmikan Kejohanan Bola Sepak Bekas Pemain Bola Sepak Sabah bertemu Bekas Pemain Bola Sepak Selangor bagi merebut piala sumbangan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Titingan anjuran Kelab Bola Sepak Victoria Labuan di Kompleks Sukan Likas.

Hadir sama, Tengku Shakirinal Amin Shah Tengku Sulaiman; Jurulatih Kebangsaan  Harimau A, Datuk Ong Kim Swee, Presiden Kelab Bola Sepak Victoria Labuan yang juga Pengerusi Penganjur Suresh Muniandy dan Pengurus Pasukan Bekas Pemain Sabah, Datuk Jahid Jahim.

Dalam kejohanan itu, pasukan Bekas Pemain Selangor muncul juara dengan menewaskan pasukan Bekas Pemain Sabah dengan jaringan 4-2. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan