Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sekolah diminta pantau kes buli pelajar

Jame Alip  (tiga dari kanan) bersama sebahagian murid tahun 1sesi persekolahan di SK Kemabong. - foto Kalawon Sawing
Jame Alip (tiga dari kanan) bersama sebahagian murid tahun 1sesi persekolahan di SK Kemabong. – foto Kalawon Sawing

TENOM – Jabatan Pendidikan Negeri Sabah akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelajar menengah dan rendah di negeri ini yang cuba membuli pelajar yang baharu memasuki sesi persekolahan tahun ini.

Pengarahnya, Datuk Jame Alip menegaskan, perbuatan demikian bukan sahaja merosakkan imej dan masa depan pelajar itu akan tetapi turut menjejaskan nama baik sekolah dan keluarga kerana kelakuan tidak baik itu akan merugikan masa depan pelajar terbabit jika sabit kesalahan termasuk menjadi pesalah juvana.

“Kita akan mengambil tidakan tegas seandainya berlaku gejala buli di sekolah. Justeru, kita meminta pihak sekolah dan kerjasama ibu bapa untuk memantau perkata ini supaya tidak berlaku,” katanya selepas mengadakan lawatan sempena sesi awal persekolahan di beberapa buah asrama sekolah menengah dan rendah, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Jame berkata, pengurusan sekolah perlu memastikan semua pelajar meningkatkan tahap nilai murni dan menerapkan nilai kasih sayang terutama pelajar baharu memasuki alam persekolahan rendah dan menengah.

Dalam perkembangan lain, Jame juga meminta pengurusan sekoah agar amanah dan telus dalam menyampaikan semua bentuk bantuan yang diberikan kerajaan kepada pelajar terutamanya dalam penyampaian bantuan yang melibatkan wang tunai, supaya matlamat kerajaan membantu meringankan beban ibubapa mencapai sasaran.

Katanya, ini termasuk agihan wang RM100 yang wajib diagihkan pada sesi minggu pertama persekolahan agar ibu bapa dapat melengkapkan keperluan anak-anak ke sekolah.

Jame Alip (kiri) memantau sesi pembelajaran pelajar di SMK Kemabong. - foto Kalawon Sawing
Jame Alip (kiri) memantau sesi pembelajaran pelajar di SMK Kemabong. – foto Kalawon Sawing

Pada masa sama, Jame memberi jaminan kepada sekolah-sekolah di negeri ini yang berisiko dan seringkali berlaku banjir akan di pindahkan ke tempat yang lebih sesuai dan selamat pada rancangan pembangunan jangka masa panjang kelak.

“Usaha mengenalpasti sekolah berisiko banjir ini berulangkali ini, kita sedang meneliti dan sememangnya ada perancangan untuk pembangunan baharu selepas semua penelitian khususnya kesesuian tapak dan¬†keselamatan struktur bangunan,” ujarnya. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan