Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sekolah diminta kenalpasti potensi pelajar dalam bidang sukan

Hamisa Samat (tengah) merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang MSSZK Kali-28 Bertempat Kompleks Sukan Tawau.
Hamisa Samat (tengah) merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang MSSZK Kali-28 Bertempat Kompleks Sukan Tawau.

TAWAU – Individu khususna pelajar yang berbakat dalam bidang sukan perlu dikenal pasti dan dilatih pada peringkat usia seawal mungkin memandangkan persaingan dalam bidang sukan masa kini memerlukan seseorang atlet itu memiliki daya saing tinggi.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat berkata, adalah penting untuk membuat persediaan bagi melahirkan atlet yang mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

“Dalam keadaan pertandingan terlalu hebat, kita tidak boleh mengharapkan kejayaan di peringkat dunia jika kita tidak ada proses latihan yang seawal mungkin,” katanya ketika berucap merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang MSSZK Kali-28 di Kompleks Sukan Tawau, di sini hari ini.

Menurut Hamisa, kerajaan sentiasa terus memberi penekanan kepada pembangunan sukan di semua peringkat, terutama sekolah dalam usaha mewujudkan daya saing yang sihat dan budaya kecemerlangan sukan di kalangan generasi muda.

“Tumpuan itu bukan saja sekadar untuk melahirkan atlit yang cemerlang dan mampu menaikkan imej negeri ini, tetapi membentuk mereka sebagai individu bersemangat tinggi dan berketrampilan sesuai dengan status generasi itu sebagai pemimpin masa depan,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan