Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sekolah Agama Islam Putatan siap ikut jadual

PUTATAN:  Pembinaan Sekolah Agama Islam Putatan bernilai RM3.5 juta yang dimulakan pada tahun 2012, berjaya disiapkan mengikut jadual pada Mei 2014.

Sekolah itu dilengkapi 12 buah bilik darjah termasuk bilik guru dan makmal komputer, mampu menampung seramai 500 orang pelajar.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata sekolah itu dapat menampung seramai 500 pelajar yang akan berpindah dari Sekolah Agama Negeri (SAN) di Kampung Teguli, di sini.

“Sekolah Agama Islam ini akan digunakan setelah segala urusan berhubung dengan pemasangan meter elektrik, sijil penduduki (OC) dan beberapa perkara lain diselesaikan,” katanya kepada media selepas mengadakan tinjauan dan melawat projek itu di sini, kelmarin.

Dalam lawatan itu, Pengurus Projek Pembangunan Sulaiman Group Sdn.Bhd, Suhaimi Sulaiman memberikan taklimat mengenai sekolah itu. – oleh Monica Gidung / SayangSabah

TAKLIMAT RINGKAS… Yahya (bersongkok) diberi taklimat projek pembinaan Sekolah Agama Islam Putatan oleh Pengurus Projek Pembangunan Sulaiman Group Sdn.Bhd, Suhaimi Sulaiman (kiri). - foto Monica Gidung / SayangSabah
TAKLIMAT RINGKAS… Yahya (bersongkok) diberi taklimat projek pembinaan Sekolah Agama Islam Putatan oleh Pengurus Projek Pembangunan Sulaiman Group Sdn.Bhd, Suhaimi Sulaiman (kiri). – foto Monica Gidung / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan