Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sekolah agama dibina di Pekan Weston, Lumadan

Sapawi menymapaikan sumbangan kepada salah seorang yang layak menerima di majlis tersebut.
Sapawi menymapaikan sumbangan kepada salah seorang yang layak menerima di majlis tersebut.

BEAUFORT – Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan pendidikan agama terus berkembang dan ini dibuktikan dengan pembinaan sekolah agama.

Ini kerana, kepentingan pembangunan pendidikan di peringkat awal tidak hanya tertumpu kepada pendidikan akademik tetapi juga dalam aspek keagamaan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan pendidikan agama, malah banyak sekolah agama telah dibina termasuk di Pekan Weston dan Lumadan.

“Saya telah bertemu sendiri dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau telah bersetuju untuk meluluskan pembinaan sekolah agama Weston dan Lumadan. Ini menjelaskan bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan pendidikan agama untuk generasi negara ini,” katanya di Masjib Weston, di sini semalam.

Sebelum itu, menerusi program Ziarah Ramadan, Sapawi turut berkunjung dan bersama umat Islam di Masjid Kampung Lobuk.

Sapawi berkata, pelaksanaan bagi pembinaan sekolah agama itu berada pada peringkat teknikal dan bakal ditender pada bila-bila masa sahaja. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan