Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SEKELUARGA HILANG TEMPAT TINGGAL DALAM KEBAKARAN

keningauterbakar

KENINGAU: Sekeluarga tinggal sehelai sepinggang setelah rumah yang didiami di kebun sawit Kampung Biah Tengah dekat sini musnah dalam kebakaran.

Kejadian tersebut berlaku pada Ahad kira-kiram jam 9.15 pagi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Keningau, Janil Jaya berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada kira-kira jam 9.18 pagi mengenai kejadian kebakaran tersebut.

Sebuah jentera bersama lima anggota diketuai Pegawai Bomba Ranizan Samirin bergegas ke tempat kejadian.

Janil memberitahu tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Komen


Berita Berkaitan