Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,738

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sekeluarga ada 12 jari tangan, kaki

9:51am 20/11/2016 Pak Roshan 20 views Global
Krishna (tengah) bergambar dengan ahli keluarganya yang sama ada memiliki 12 jari tangan atau 12 jari kaki. - Cover Asia Press prevnext

Krishna (tengah) bergambar dengan ahli keluarganya yang sama ada memiliki 12 jari tangan atau 12 jari kaki. – Cover Asia Press

Patna (India): Ahli keluarga biasanya mewarisi wajah dan bentuk badan yang hampir sama tetapi lain pula kisahnya satu keluarga di India yang kebanyakannya miliki 12 jari tangan atau kaki atau kedua-duanya sekali.

Keluarga Choudhary yang tinggal di kampung Gaya di negeri Bihar, India menganggap ‘kelebihan’ itu satu anugerah dan juga sumpahan.

“Saya menganggap ini satu anugerah untuk keluarga kami kerana mustahil untuk semua ahli keluarga mengalami keadaan yang sama,” kata Sitbiya Choudhary.

Seramai 25 keluarga Choudhary tinggal di kampung Gaya dan hampir semua mereka sama ada memiliki 12 jari tangan atau 12 jari kaki atau kedua-duanya sekali.

“Ini mungkin satu peringatan daripada tuhan,” katanya.

Bagaimanapun, abangnya, Krishna Choudhary, 50, berkata, keadaan itu menyebabkan dia sukar mengahwinkan anak perempuannya.

“Bapa dan datuk saya memiliki 24 jari. Saya bersama abang dan kakak saya juga memiliki keadaan sama termasuk anak serta cucu saya.

“Saya tidak mempunyai masalah dengan jari saya tetapi ia sangat memberi kesan kepada anak dan cucu saya,” jelasnya.

Menurutnya, dia sukar mencari jodoh untuk ahli keluarga perempuannya kerana ramai lelaki enggan berkahwin dengan mereka.

“Apabila calon lelaki mengetahui keluarga perempuan kami memiliki 12 jari tangan atau kaki, mereka terus menghilangkan diri,” jelasnya.

Tambahnya, dia dan ahli keluarganya yang lain sukar mencari kasut yang sesuai menyebabkan mereka lebih selesa memakai selipar. – Agensi/HMetro

BIHAR, INDIA - NOVEMBER, 09, 2016: Raju Choudhary, 11, Pintu Choudhary, 10, Pawan Choudhary, 10, and Sunny Choudhary, 14.npose for a picture while showing their toes at their residence in Teusa village in Bihar, India.  nnThe Choudhary family has over 25 members with 12 fingers and 12 toes, which has made them famous in their village as the ¿family with 24 fingers¿. The family suffers from polydactyly, a congenital physical anomaly of supernumerary fingers. Young boys of the Choudhary family face difficulties in studying, holding a pen to write and girls face difficulties in finding a groom for them.nnPhotography by: Cover Asia Press/ Ashish Sharma

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan