Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sekatan melampau Israel tak boleh diterima

sekatan melampau israel

London: Sekatan melampau Israel ke atas wilayah Palestin tidak boleh diterima atas alasan mereka mempertahankan negara Yahudi, kata sebuah jawatankuasa Parlimen Britain semalam.

Laporan Jawatankuasa Pembangunan Antarabangsa itu menyatakan, mereka mencabar penilaian sekatan yang mengekang perkembangan ekonomi Palestin berdasarkan keperluan keselamatan Israel.

Kertas laporan itu menyatakan kebimbangan utama mengenai situasi di Hebron yang terletak di Tebing Barat.

“Kami terkejut dengan apa yang dilihat dalam lawatan ke situ.

“Ketika kami menghargai sepenuhnya kebimbangan keselamatan Israel, apa yang berlaku di Hebron tidak memberi justifikasi sekatan ke atas wilayah berkenaan yang menjejaskan kehidupan, pembangunan ekonomi dan keselamatan,” kata laporan itu. – AFP

Komen


Berita Berkaitan