Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sekat portal Sarawak wajar

 Rahmahjan bersama sebahagian tetamu pada majlis itu.
Rahmahjan bersama sebahagian tetamu pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Langkah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat portal Sarawak Report memang wajar dan tepat pada masanya bagi menghalang penyebaran anasir negatif yang mungkin boleh menjejaskan kestabilan negara.

Setiausaha Politik Menteri Pembanguan Luar Bandar yang juga Ketua Wanita Umno Tenom Datuk Rahmahjan Sulaiman Khanerkata, tindakan tegas iaitu sekatan juga perlu ke atas portal-portal lain, laman sesawang atau laman blog yang kelihatan berniat jahat terhadap kerajaan.

“Kita perlu memelihara keamanan dan keharmonian yang sedia terjalin dan mengelak provokasi pihak tidak bertanggungjawab seperti Sarawak Report,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya, di sini, hari ini.

Rahmahjan turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan laporan atau maklumat yang diterima dalam alam maya yang belum dipastikan kesahihannya.

“Kita harus bijak menilai mana satu berita yang sahih dan tidak sahih. Tapis semua maklumat yang diperolehi dari laman sosial dan adalah lebih baik mendapatkan kepastian atau kesahihan sesuatu laporan itu daripada sumber yang boleh dipercayai,” katanya.-Oleh Monica Gidong/Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan