Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sejumlah RM43,000 menanti pemenang pertandingan memancing

5:50pm 17/12/2015 Dewiana Tinggolongon 269 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Wilfred (tiga dari kanan) merakamkan gambar  sambil menunjukkan risalah untuk kejohanan itu bersama Rick Blackie, Pengurus Besar Sutera Harbour Golf and Country Club (empat dari kiri) dan  ahli jawatankuasa SAA .

Wilfred (tiga dari kanan) merakamkan gambar sambil menunjukkan risalah untuk kejohanan itu bersama Rick Blackie, Pengurus Besar Sutera Harbour Golf and Country Club (empat dari kiri) dan ahli jawatankuasa SAA .

KOTA KINABALU- Sejumlah RM43,000 tunai menanti para pemenang Pertandingan Memancing Antarabangsa Sabah 2016 di terumbu Layang layang.

Pertandingan itu akan diadakan pada 19 hingga 24 April 2016 dan seramai 100 peserta telah mendaftar sebagai peserta pertandingan itu.

Presiden Persatuan Pemancing  Sabah, Datuk Wilfred Lingham berkata, pertandingan itu diadakan selama enam hari lima malam iaitu tambahan sehari berbanding tahun lalu.

“Keputusan ini dibuat setelah mempertimbangkan permintaan daripada peserta yang telah mengikuti pertandingan pada tahun lalu,” katanya.

Menurut beliau, johan bagi pertandingan itu akan membawa pulang tunai sejumlah RM25,000, mankala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang tunai sejumlah RM10,000 dan RM5,000 bersama sijil.

Sementara itu,tiga orang pemenang seterusnya akan menerima hadiah saguhati sebanyak RM500 bersama sijil.

“Seperti tahun-tahun yang lepas, semua spesis Billfish, Humphead wrasse (Mameng), Jerung dan Rays tidak dibenarkan dipancing sepanjang pertandingan dan jenis-jenis ikan tersebut harus dilepaskan dan peserta yang ingkar akan disingkirkan,” katanya.

Wilfred berkata, pendaftaran akan diteruskan dibuka kepada mereka yang berminat untuk memancing sehingga 17 April.

Tambahnya, sejumlah RM450 bagi ahli SAA dan RM500 bagi ahli bukan SAA.

Peserta akan dilepaskan dari Sutera Marina Club pada jam 9 pagi 19 April dan dijangka kembali ke marina sebelum 1 petang pada 24 April.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan