Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sejumlah RM17, 700 menanti pemenang Sugandoi Peringkat Negeri 2015

Gambar hiasan
Gambar hiasan

KOTA KINABALU- Sejumlah RM17,500 menanti pemenang Pertandingan Akhir Sugandoi Kaamatan 2015, bertempat di Hongkod Koisaan Penampang.

Pengerusi Jawatankuasa Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2015, Evaristus Gungkit berkata, seramai 42 orang peserta dari seluruh Sabah akan berentap ke pusingan separuh akhir yang akan diadakan pada 19 Mei ini.

“Daripada 42 peserta itu, sebanyak 10 orang akan dipilih ke peringkat akhir yang diadakan pada 22 Mei,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurutnya, pemenang pertama akan membawa tunai sebanyak RM6,000 berserta piala, sijil penyertaan dan hamper, manakala tempat kedua dan ketiga, masing-masing menerima RM4,000 dan RM3,000 berserta sijil penyertaan dan hamper.

Selain itu, seramai tujuh orang penerima saguhati akan membawa tunai RM600 dan sijil, manakala penyanyi popular akan membawa tunai RM300 berserta sijil.

Katanya, pertandingan itu akan dirasmikan oleh, Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan Infrastruktur, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan merangkap Huguan Siou Presiden KDCA.

Tambahnya, 10 orang Finalis Sugandoi akan ditawarkan untuk menandatangani surat perjanjian kontrak selama satu tahun bagi menjalankan aktiviti kesenian yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Jelasnya, peserta finalis juga mendapat keistemewaan termasuklah disediakan kemudahan penginapan bermula pada 17 Mei hingga 22 Mei.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan