Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sejarah adalah fakta, tidak boleh diubah

Datu Tiga Belas. - foto ihsan UMS
Datu Tiga Belas Datu Zainal Abidin. – foto ihsan UMS

KOTA KINABALU – Sejarah tidak boleh diubah, tetapi boleh difikirkan secara rasional demi keselamatan dan pembangunan negara..

Mantan Pengarah Arkib Negeri Sabah, Datuk Datu Tiga Belas Datu Zainal Abidin semasa mengupas beberapa isu berkaitan pembentukan negara Malaysia pada 16 September 1963, menjelaskan terdapat fakta sebenar sejarah perlu difahami dengan betul.

Ujarnya, berdasarkan bacaan terhadap fakta-fakta ketika berkhidmat 37 tahun di Arkib Negeri, tanggapan segelintir pihak yang mengatakan pembentukan Malaysia itu terdiri daripada gabungan empat buah negara adalah kurang tepat.

Ini kerana, kata beliau lagi, pada ketika itu Sabah dan Sarawak belum disahkan sebagai sebuah negara dan masih di bawah pemerintahan Gabenor British.

“Yang membentuk Malaysia ialah Kerajaan British bersama Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura yang masing-masing telah mempunyai Perdana Menteri pada ketika itu,” katanya ketika menyampaikan pembentangan kertas kerja bertajuk Sosio-Budaya Masyarakat Sabah: Penelitian Dalam Konteks Korpus Sejarah Budaya Masyarakat Malaysia anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Program itu dihadiri kira-kira 300 kakitangan dan pelajar UMS yang diadakan sempena Seminar Pembinaan Negara Bangsa 2015: Sabah Membangun Dalam Malaysia Siri 2/2015.

Mengenai tarikh 31 Ogos 1963 yang disebut-sebut ramai sebagai tarikh Sabah merdeka sebenarnya merupakan tarikh pelantikan Ketua Menteri Sabah, demikian juga di Sarawak pada 22 Julai 1963 yang juga adalah satu majlis pelantikan sama.

Beliau memberitahu, pada ketika itu, Kabinet Sabah juga masih belum dibentuk, sekaligus memperlihatkan lagi fakta Sabah dan Sarawak masih belum menjadi sebuah negara pada ketika itu.

“Namun saya bersetuju bahawa pembentukan Malaysia pada 1963 terdiri daripada empat entiti iaitu Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu,” jelasnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan