Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SEIMBANGKAN ANTARA AKADEMIK DAN PENDIDIKAN AGAMA

Abdul Rahman (tengah) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sempana majlis tersebut. – Gambar SNT / ehsan YS Zon Pedalaman Selatan

BEAUFORT: Kecemerlangan pelajar bukan hanya diukur daripada segi pencapaian dalam akademik dan ko kurikulum tetapi juga perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam pendidikan agama.

Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Abdul Rahman Yakub berkata, pelajar perlu berusaha menyeimbangkan antara aspek akademik dan pendidikan agama agar mampu berjalan seiring dan memberi manfaat kepada pelajar.

“Penting bagi para pelajar mengimbangi antara akademik dan agama sebagai persediaan mereka untuk menempuhi cabaran dunia masa kini,” katanya ketika berucap merasmikan program Motivasi  Kecermalangan Akademik dan Sahsiah di Sekolah Menangani Agama Islam (SMAI) Negeri pekan Beaufort, di sini.

Program selama empat hari itu yang dianjurkan oleh Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan Sabah dengan kerjasama SMAN dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) disertai lebih 100 pelajar dan ibu bapa dari daerah itu.

Menurut Abdul Rahman, sikap hanya mementingkan aspek akademik dan tidak kisah tentang pendidikan agama perlu diketepikan.

Antara peserta yang menyertai program Motivasi  Kecermalangan Akademik dan Sahsiah di Sekolah Menangani Agama Islam (SMAI) Negeri pekan Beaufort. – Gambar SNT / ehsan YS Zon Pedalaman Selatan

Sehubungan itu katanya, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mendidik dan membentuk minat anak-anak terhadap pendidikan agama.

Abdul Rahman menambah, ilmu duniawi semata tidak menjamin keutuhan diri insan, sebaliknya penerapan ilmu agama yang kukuh sejak awal pasti menjamin kesinambungan sesebuah negara dan bangsa.

“Keunggulan dan kejayaan dalam melahirkan modal insan cemerlang daripada segi minda tidak akan bermakna jika kita gagal melahirkan modal insan yang memiliki jatidiri serta akhlak yang baik,” katanya. – SabahNewsToday

-ends

 

Komen


Berita Berkaitan