Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Segerakan pembinaan bangunan kedai di Pekan Baru Banggi

5:56pm 22/11/2016 Leolerry Lajius 10 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan

KOTA KINABALU: Pihak Lembaga Perumahan dan Bandar (SEDCO) diminta agar dapat meluluskan peruntukan untuk pembinaan bangunan kedai di Pekan Baru Banggi.

ADUN Banggi Datuk Mijul Unaini berkata, tapak untuk tujuan pembinaan 10 unit kedai dua tingkat berkenaan telah disediakan namun sehingga kini permohonan untuk tujuan berkenaan masih belum menjadi kenyataan.

“Tidak tahu di mana silapnya kerana jika dibuat perbandingan dengan Daerah Kecil Matunggong yang telah lama mempunyai sederet kedai berbanding dengan Banggi sedangkan Daerah Kecil Banggi puluhan tahun lebih awal menjadi daerah kecil.”

“Saya berharap agar perkara ini akan dapat diselesaikan agar penduduk Banggi yang ketika ini hanya berniaga di warung-warung binaan kayu sehingga sekarang berpeluang berniaga di tempat yang lebih selesa sepertimana rakyat yang ada di daerah lain di negeri ini,”katanya ketika membahaskan bajet Sabah tahun 2017 ketika persidangan DUN yang ke-14 Negeri Sabah, di sini, hari ini.

Beliau juga memehon agar masalah bekalan elektrik di Banggi dapat diselesaikan dengan secepat mungkin berikutan kerosakan enjin system solar hibrin yang membekalkan bekalan elektrik di kawasan berkenaan.

“Bekalan elektrik Pulau Banggi kerap tergendala kerana disebabkan masalah enjin dan juga dipengaruhi oleh keperluan pengguna yang semakin meningkat mencecah 600kw had maksimum bagi tenaga yang boleh dibekalkan oleh enjin janakuasa itu.”

“Oleh itu, saya mohon tambahan dua buah enjin lagi dengan kekuatan satu mega volt setiap satu berasaskan keperluan yang ada pada ketika ini dan saya juga memohon agar pihak SESB mengambil perhatian serius tentang masalah ini sebelum ia semakin parah,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan