Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Segera atasi masalah banjir: Raime

Raime (kiri) menunjukkan kawasan tebing sungai yang perlu ditambak bagi mengurangkan         hakisan yang boleh menyebabkan tanah runtuh. - foto Kalawon Sawing
Raime (kiri) menunjukkan kawasan tebing sungai yang perlu ditambak bagi mengurangkan hakisan yang boleh menyebabkan tanah runtuh. – foto Kalawon Sawing

TENOM – Beberapa perkampungan yang sering terjejas akibat banjir di kawasan Kemabong dan Melalap di daerah ini memerlukan bantuan dan baikpulih segera daripada pihak kerajaan.

Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi berkata, pelbagai kerosakan dan kerugian yang terpaksa dihadapi oleh penduduk-penduduk kampung akibat bencana banjir yang melanda daerah ini sejak hujung tahun lalu.

Menurut beliau, empangan saliran air ke sawah padi juga pecah, jambatan tersumbat dengan sisa kayu menyebabkan air sungai melimpah keluar dan jalan raya turut rosak akibat tanah runtuh.

“Keadaan ini amat menyukarkan kerana penduduk  terpaksa mengalami kepayahan  untuk melakukan aktiviti harian mereka disebabkan jambatan dan jalan raya rosak. Oleh itu, kita minta kerajaan melakukan kerja membaikpulih dan menaiktaraf jambatan yang sedia ada bagi mengurangkan risiko dan keselamatan penduduk kampung,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Kampung Oloson, di sini hari ini..

Antara kampung yang terjejas akibat banjir baru-baru ini adalah Kampung Sungai Api, Sumandalom, Oloson, Tukalilan, Salapong dan Jawa Sumbiling.

Menurut Raime, pihak berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran perlu meluruskan laluan sungai di beberapa tempat dan tebing-tebing sungai perlu ditambak agar tanah tidak mudah terhakis.

“Jambatan yang sudah tidak sesuai lagi perlu dibaikpulih atau dinaiktaraf untuk kegunaan dan keselamatan penduduk kampung. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan