Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Segala Produk Jenama Trump Mula ‘Digam’ Di Dubai

2:07pm 11/12/2015 Pak Roshan 2741 views Global

trump

KERANA mulut badan binasa, itulah pepatah yang sesuai menggambarkan keangkuhan Donald Trump baru-baru ini dengan lantang mengeluarkan cadangan agar umat Islam dilarang menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat (AS).

 

Disebabkan cadangannya itu, ramai pihak dari seluruh dunia tampil bersama bagi menyelar dan mengkeji ideanya yang dilihat sangat tidak bertanggungjawab itu.

Terbaharu, hampir kesemua kedai jualan dan gedung-gedung membeli belah di Dubai, Emiriah Arab Bersatu telah menyekat serta tidak lagi mahu menjual segala produk dan barangan di bawah jenama Trump.

Antara yang mengambil langkah drastik tersebut ialah gedung terkenal, Lifestyle, yang merupakan gedung untuk barangan deko rumah terkenal di Dubai.

Selain bandar raya Timur Tengah berkenaan, gedung tersebut juga mempunyai rangkaian empayarnya ke Pakistan, Tanzania dan beberapa buah lagi negara di benua Afrika.

CEO Lifestyle, Sachin Mundhwa berkata: “Disebabkan kenyataannya itu, kami nekad untuk menyekat dan tidak lagi menjual apa jua barangan yang berada di bawah jenamanya.”

Selain Lifestyle, taikun terkenal Dubai, Khalaf Al-Habtoor juga menyatakan, kenyataan yang dikeluarkan Trump itu sudah merosakkan brandnya di semua negara Islam di dunia.

Al-Habtoor turut tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut sambil menambah: “Orang Islam telah banyak melabur dan meluaskan empayar perniagaan ke serata AS.

“Dan ramai warga AS sendiri yang mendapat peluang pekerjaan untuk menyara kehidupan mereka menerusi firma milik usawahan Muslim.” – Sumber: CNN/MYNEWSHUBCC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan