Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seekor beruang madu dibawa ke pusat pemuliharaan

Wong membawa Tan-Tan yang kini ditempatkan di BSBCC.
Wong membawa Tan-Tan yang kini ditempatkan di BSBCC.

SANDAKAN- Seekor anak beruang madu berusia 3 bulan yang dipercayai hendak dijual di kawasan terpencil di Paitan, kini telah dibawa ke Pusat Pemuliharaan Beruang Madu di Sandakan.

Beruang madu betina bernama Tan-Tan tiba di BSBCC di Sepilok pada Rabu, menjadikannya haiwan ke 44 yang diselamatkan dan ditempatkan di pusat itu sejak ditubuhkan lebih enam tahun lepas.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BSBCC, Wong Siew Te berkata, beruang madu itu dibeli oleh seorang individu yang terserempak dengan penduduk kampung yang cuba menjual haiwan berkenaan, sebelum memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah.

“Tan-Tan telah diselamatkan dan dibawa ke rumah baru di BSBCC. Dan, kini kami mempunyai 35 beruang daripada 44 ekor yang telah diterima sebelum ini. Anak beruang ini diletak di bawah kuarantin dan diberi penjagaan,” katanya dalam satu kenyataan di Sandakan.

Wong berkata, amat penting bagi orang awam untuk memahami bahawa membeli beruang madu boleh membawa kemungkinan haiwan itu ditangkap oleh pemburu haram, dengan segelintir daripada mereka memilih untuk membunuh spesis itu bagi mendapatkan organ.- OLEH AA/ SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan