Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,769

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

“See The Unseen”, Gambar Wartawan Melawat Kubur Lama Tarik perhatian Netizen, Ada Dakwa Nampak Banyak Makhluk Ghaib Dalam Gambar

8:35pm 26/09/2016 Pak Roshan 17070 views Aktiviti,Mutakhir

Sejak beberapa hari lalu seorang wartawan bernama Zaliha Hassan telah memuatnaik beberapa keping gambar yang melawat sebuah kubur lama di dalam hutan di mana dengan tajuk “See The Unseen”.

Beliau mendakwa di dalam gambarnya yang diambil oleh seorang kakitangan muzium Labuan itu terdapat kelibat yang agak asing tidak semua orang boleh lihat.

Berikut adalah tulisan beliau bersama gambar

1

 

“SEE THE UNSEEN”

Malam tadi sembang lama bersama rakan yang sudah awal menyedari “see the unseen” pada enam keping gambar saya ini.
Sejujurnya tidak semua orang ada kelebihan “see the unseen” di dalam gambar~gambar yang dirakam oleh salah seorang kakitangan Jabatan Muzium WP Labuan, ketika menemani saya melengkapkan kerja penyelidikan di kawasan berhampiran lokasi kubur lama ini ditemui.
Tugasan penyelidikan saya sudah lama berakhir. Tetapi rupanya dalam ertikata sebenar, tugasan saya belum lagi berakhir dan selesai.
Ada satu lagi “tanggungjawab dan amanah” yang jauh lebih besar menanti untuk dilunaskan dengan sesempurna mungkin oleh saya yang juga membabitkan Jabatan Muzium WP Labuan.
Tugas menyempurnakan “tanggungjawab dan amanah” tersebut juga melibatkan beberapa pihak lain yang lebih arif mengenai hal~hal yang diluar kebolehan saya.
Himpunan gambar ini “cahaya” kepada saya. Selama ini, saya tidak menyedari sedang menggalas satu lagi “tanggungjawab dan amanah” yang terlalu besar.
AllahuAkhbar…Besarnya Kuasa Allah yang memperlihatkan kepada saya “see the unseen” melalui rakaman gambar ini. Alhamdulilah!!!
Sejujurnya kelewatan melunaskan “tanggungjawab dan amanah” tersebut bukan disengajakan tetapi akibat kekihlafan diri yang sebenarnya saya sendiri tidak sedari.

Semoga di hari Jummat yang penuh keberkatan dan penghulu pada segala hari ini, saya terus diberikan kekuatan untuk melunaskan “tanggungjawab dan amanah” dengan segala kesempurnaan dan kemuliaan.

5
2-1
3
2

Gambar ini menjadi bualan netizen apabila ada yang menyatakan mereka nampak kelibat di dalam gambar ini dan ada yang mengatakan tidak nampak apa-apa.

Faidzan Haslinda Hasbollah berkata “Saya nampak ia di samping puan setiap masa dan lagi tinggi dari puan, betul ke?”

Dido Jungle berkata “Kat belakang Zaliha Hassan macam-macam ada…hihihi..tak mampu nak diluah dengan kata-kata ..” sambil menujuk gambar ini

zz


Fadil Zahan “Macam org atas dahan pokok tu..memerhati kitak..dan sebelah ya macam muka orang dengan Mata yang terbeliak..N mulutnya muncung” sambil merujuk gambar di bawah

3-1

Kata Zaza Zizi Zuzu pula “cahaya lutsinar berdiri tinggi di sebelah kanan puan di setiap gambar ada”
katanya yang menyatakan ada lembaga lut sinar berada disebelah wartawan berkenaan disetiap gambar dan ianya diakui oleh Puan Zaliha Hassan.

“Yup…benar…ada yang cuba ‘mendekati’ tapi ‘tak dapat rapat’ dengan kamek(kami). Terpaksa la sidak(mereka) tanggar(lihat) dari jauh jak…tunjuk muka protes kedak(macam) ya. Nampak cahaya lutsinar putih pada semua gambar kamek? Semua cahaya lutsinar ya sentiasa dekat2 jak dengan kamek,” tulis beliau mengakui.

Nur Syakilla Amerra pula telah berkata “kamek tunjuk ngan(dengan) mak kamek tok(itu) yang mak kamek lukisnya tgga(dalam) dekat salah satu gambar,” di mana katanya dia telah menunjuka gambar kepada ibunya dan ibunya melukis makhluk apa yang dia nampak seperti dibawah

c

lukisan berdasarkan gambar di bawah.

ss

Berikut adalah gambar yang dikongsikan oleh netizen, apa mereka nampak.

4-1
3-1
5-1
1-1
2-1
6-1
7
9

Puan menunjukkan sekeping gambar batu nisan yang tertera seperti gambar dibawah.

z-2

Ada pula netizen yang menyatakan tidak nampak apa-apa, Puan Zaliha menajawab “belum sampai tahap penglihatan anda. Ada yang tersembunyi..”

Selain itu ada netizen menyatakan apa yang dilihat hanya ilustrasi apabila berada di dalam hutan kerana bentuk-bantuk daun yang banyak menyebabkan minda dapat membayangkan sesuatu yang tidak wujud.

Apapun, untuk percaya atau tidak, pembaca boleh nilaikan sendiri sebab makin lama admin tenung cari ‘kelibat’ dikatakan meremang pula bulu roma. – Siakapkeli.my

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan