Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sedih, pilu, tragik

migran
Pelarian bersesak-sesak berusaha kekal di atas rakit penyelamat kecil menunggu diselamatkan.

Itali: Kesukaran dan kesengsaraan pelarian, terutama dari Afrika yang menggadai nyawa dalam bot nelayan mengharungi Laut Mediterranean boleh dilihat dalam gambar-gambar ini, menunjukkan 1,000 pelarian disumbat dalam bot oleh penyeludup hingga ada yang mati kelemasan, kepanasan dan terhimpit.

Dalam kejadian minggu ini, jurugambar Aris Messinis merakamkan keadaan pelarian dalam sebuah bot yang dalam pelayaran dari Libya ke Itali, terpaksa berjalan di celah dan atas mayat untuk keluar dari bot ketika diselamatkan.

Dalam kejadian Selasa lalu, beliau nampak ada 22 mayat dalam bot berkenaan namun sebenarnya ada lebih banyak mayat dan selepas semua mayat dikeluarkan, jumlahnya ialah 28. Mereka mati akibat kelemasan, bersesak, berhimpit di bawah bot.

Messinis berada di atas Astral, kapal yang disewa NGO Sepanyol, ProActiva Open Arms, bagi usaha menyelamatkan pelarian apabila terserempak dengan bot nelayan membawa 1,000 pelarian itu.

Sepanjang minggu ini, pengawal pantai Itali menyelamatkan 6,000 pelarian dari Afrika dan dalam satu bot, menemui sembilan mayat termasuk seorang wanita hamil.

Berikutan semua bot pengawal pantai Itali pulang ke pelabuhan membawa pelarian, Astral terpaksa membantu pelarian di atas bot berkenaan sendirian, dibantu bot getah yang digugurkan pesawat tentera Sepanyol.

Pelarian di atas bot berkenaan berasak-asak keluar, ramai terjun ke dalam laut dan gerakan menyelamat oleh Astral yang bermula sejak subuh, hanya berakhir apabila malam tiba. – Daily Mail / HMetro

migran5
Tragik… Pelarian terpaksa melangkah timbunan mayat ketika diselamatkan serta mayat pelarian yang mati kelemasan, terdampar di bawah bot nelayan.
migran1
Kejam.. penyeludup menyumbat sehingga 1,000 pelarian menyebabkan mereka terpaksa bersesak sehingga ada yang mati kelemasan.
migran4
Sedih… pelarian berusaha menarik naik seorang bayi selepas ia terjatuh ke dalam laut.
migran2
Anggota penyelamat Itali mengeluarkan mayat dari dalam bot.

Komen


Berita Berkaitan