Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sedih, pilu selubungi sanubari saya – Tony Fernandes

tony

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menzahirkan perasan sedih dan pilu sebaik mendapat berita pengesahan penemuan QZ8501 AirAsia Indonesia di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

“Hati saya sarat dengan perasaan sedih dan pilu terhadap semua keluarga yang terbabit dalam nahas QZ8501. Mewakili AirAsia, saya mengucapkan takziah kepada semua. Tiada perkataan yang dapat gambarkan perasaan dukacita saya,” katanya menerusi Twitter beliau @tonyfernandes, sebentar tadi.

Beliau memuat naik status berkenaan kira-kira 20 minit selepas Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia mengesahkan menemui serpihan pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia yang terputus hubungan dengan menara kawalan udara Indonesia, pagi kelmarin.

Fernandes turut memaklumkan bahawa beliau kini bergegas ke Surabaya bagi mengikuti perkembangan terbaharu usaha mencari dan menyelamat pesawat berkenaan.

“Saya kini bergegas ke Surabaya, apa sahaja yang kami boleh lakukan di AirAsia, kami akan bantu.”- BH Online

Komen


Berita Berkaitan