Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sediakan lebih banyak pengangkutan khas untuk golongan kurang upaya

Jainab membantu salah seorang golongan kurang upaya menaiki kenderaan khas yang disumbangkan oleh Kerajaan Jepun.
Jainab membantu salah seorang golongan kurang upaya menaiki kenderaan khas yang disumbangkan oleh Kerajaan Jepun.

KOTA KINABALU – Masyarakat perlu terlibat secara langsung dalam menyediakan kemudahan pengangkutan khas yang dapat membantu golongan kurang upaya menikmati kehidupan lebih selesa sama seperti individu normal lain.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, pengangkutan merupakan kemudahan penting yang diperlukan oleh golongan kurang upaya terutama yang mengalami lumpuh di bahagian kaki.

“Golongan berkenaan khususnya di luar bandar memerlukan kemudahan kenderaan yang dapat digunakan dengan mudah dan selesa seterusnya memberi ruang kepada golongan itu mendapatkan peluang pekerjaan, pendidikan dan penjagaan kesihatan,” katanya lagi.

Beliau berkata selepas menyaksikan Majlis Penyerahan Sumbangan Toyota Hiace Window Van oleh Kerajaan Jepun yang diwakili Konsulat Jepun Shinji Utabayashi San kepada persatuan kebajikan Sabah Cheshire Home, di sini hari ini.

Jainab juga berkata bahawa, Sabah Cheshire Home telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membantu golongan kurang upaya melibatkan diri dalam masyarakat sekeliling.

Kenderaan van tersebut yang dilengkapi peralatan bantuan elektronik untuk golongan kurang upaya menaiki van berkenaan dengan senang dan selesa.

– Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan