Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sedia wang tebusan

GAMBAR dari klip video menunjukkan empat warga asing (duduk) diancam bunuh oleh anggota Abu Sayyaf.
GAMBAR fail menunjukkan anggota Abu Sayyaf bersama empat tebusan termasuk tiga lelaki warga Barat yang diculik mereka tahun lalu.

Jakarta: Jakarta meningkatkan rundingan dan berusaha menyediakan wang tebusan yang dituntut militan Abu Sayyaf sebagai syarat membebaskan 10 kru kapal Indonesia yang diculik kumpulan pengganas berkenaan.

Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu berkata, pihaknya meningkatkan langkah bagi berunding dengan kumpulan militan berkenaan.

Katanya, tindakan menyelamat kru kapal itu melalui operasi tentera terlalu berisiko untuk nyawa mereka.

“Saya berharap proses rundingan membuahkan hasil kerana operasi tentera hanya menyebabkan kematian,” katanya.

Tambahnya, tarikh akhir rundingan dan bayaran wang tebusan mungkin dilanjutkan.

Militan Abu Sayyaf menawan dan menculik 10 kru bot tunda Indonesia Brahma 12 di perairan Filipina pada minggu lalu.

Bot tunda berkenaan ditawan ketika dalam pelayaran dari Indonesia menuju ke Filipina.

Semua tebusan dipercayai dibawa ke selatan Filipina, kubu kuat kumpulan Abu Sayyaf.

Kumpulan berkenaan menghubungi pemilik Brahma 12 dan menuntut wang tebusan AS$1.08 juta (RM4.23 juta) menjelang hari ini.

“Sudah pasti wang tebusan berkenaan bukannya dari sumber negara,” jelas Ryamizard. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan