Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sedia wang tebusan RM4.2 juta

KAPAL tunda Brahma 12 yang ditawan sebelum 10 anak kapalnya diculik militan Abu Sayyaf.
KAPAL tunda Brahma 12 yang ditawan sebelum 10 anak kapalnya diculik militan Abu Sayyaf.

Singapura: Sebuah syarikat perkapalan sedia membayar wang tebusan 50 juta peso (RM4.2 juta) bagi membebaskan 10 kru kapal mereka yang diculik kumpulan Abu Sayyaf, kata Menteri Undang-Undang, Politik dan Hal Ehwal Keselamatan Indonesia, Luhut Pandjaitan semalam.

“Rundingan bagi menyerahkan wang berkenaan kepada kumpulan penculik sedang dijalankan.

“Penculik bersetuju menerima wang tebusan berjumlah 50 juta peso yang akan diserahkan di lokasi yang ditentukan,” katanya yang dipetik akhbar Republika.

Semua kru kapal tunda Brahma 12 itu diculik di perairan selatan Filipina pada 29 Mac lalu.

Kapal tunda berkenaan sedang menarik sebuah baj dari Borneo menuju ke Filipina sebelum dirampas sekumpulan lelaki bersenjata.

Kumpulan berkenaan yang menaiki sebuah bot kayu dipercayai menculik kru kapal berkenaan dan membawa mereka ke selatan Filipina.

Pada hari yang sama, pemilik kapal tunda itu menerima panggilan telefon dari individu yang mendakwa anggota Abu Sayyaf dan menuntut wang tebusan.

“Rundingan dengan kumpulan yang menculik 10 warga Indonesia ini berjalan lancar berbanding satu lagi kumpulan yang menawan empat lagi kru kapal,” katanya.

Empat warga Indonesia itu diculik sekumpulan lelaki senjata selepas kapal mereka ditawan di perairan yang terletak di sempadan Malaysia dan Filipina. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan