Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sedia Tenaga Kerja Mahir

tawfiq

KOTA KINABALU: Sabah berhadapan dengan cabaran kekurangan tenaga mahir berikutan penghijrahan belia tempatan ke Semenanjung Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata penghijrahan ramai belia dari negeri ini ke Semenanjung Malaysia akan mengakibatkan industri di negeri ini terpaksa bergantung kepada pekerja asing walaupun ia mendatangkan banyak masalah kepada negeri ini.

Justeru beliau berkata kerajaan negeri akan lebih berusaha untuk melatih lebih ramai tenaga mahir tempatan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesyen Institut Kesenian Asia (SIA) di sini kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Datuk Suzanah Liaw.

Tawfiq berkata lagi di peringkat kerajaan melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia) mengambil beberapa inisiatif untuk membantu golongan belia dalam program latihan kemahiran, projek keusahawanan serta program untuk Bumiputera.

Sementara itu, Ketua Pegawau Eksekutif SIA Prof Datuk Dr Wilson Yong berkata pada tahun ini kolej tersebut memfokuskan kepada usaha menaiktaraf institut itu kepada Kolej Universiti.

Beliau berkata pada masa akan datang SIa juga akan berusaha untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan universiti lain dalam usaha menjadikan SIA sebagai sebuah kolej universiti yang terbaik.

Menurutnya SIA sudah mula menubuhkan Pusat Seni dan Rekabentuk dengan kerjasama Central China Normal University di Sabah dan tidak lama lagi akan memperkenalkan program peringkat Sarjana Muda.

Komen


Berita Berkaitan