Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sedia beri kerjasama, Jeffrey juga mahu pemimpin BN yang ‘melompat’ turut disiasat SPRM

KOTA KINABALU: “Tiada yang saya sembunyikan dan sedia beri kerjasama tetapi pemimpin BN yang ‘melompat’ juga perlu disiasat.

Demikian ditegaskan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang hadir di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Negeri Sabah hari ini, bagi membantu siatan berhubung dakwaan yang tular di media sosial Facebook bahawa beliau menerima bayaran RM20 juta untuk memilih bergabung bersama Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan BN membentuk Kerajaan Negeri pada 10 Mei yang lalu.

Pihak SPRM telah menjalankan pemeriksaan di rumah serta pejabatnya semalam, dan turut merampas Kad ATM dan wang tunai berjumlah RM80,000 milik beliau.

Menurut Jeffrey, beliau yang diminta untuk hadir ke pejabat SPRM hari ini pada jam 2.00 petang tadi bersedia untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak SPRM untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.

Namun beliau juga berharap agar pihak SPRM akan berlaku adil dalam siatan berhubung hal itu dan turut menyiasat pemimpin BN yang “Melompat” ke pihak lawan bagi membolehkan mereka membentuk Kerajaan Negeri.

“Saya sedia memberikan kerjasama dalam siasatan ini namun saya juga berharap agar pihak SPRM akan berlaku adil dalam hal ini dan akan turut menyiasat pemimpin BN yang ‘melompat’ pada hari tersebut,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di luar pejabat SPRM, Sabah, hari ini.

Jeffrey juga menyatakan rumah Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor Robert Tawik juga diperiksa oleh pihak SPRM semalam namun tiada barang yang dirampas dan beliau juga tidak dipanggil oleh pihak SPRM untuk memberi keterangan.

Dalam pada itu Jeffrey juga mendakwa, siasatan itu berkemungkinan mempunyai motif politik kerana tidak ada bukti kukuh berhubung kes itu dan ia hanya tular di media sosial.

“Susah mahu cakap, tetapi kita lihat mereka membuat tindakan yang pantas dan kemungkinan mempunyai motif politik,kenapa mereka mengambil masa yang agak lama untuk memanggil Najib tetapi mereka amat cepat memanggil saya,”katanya./SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan