Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,732

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Sedekah’ pil methamphetamine RM25 juta

11:15am 26/05/2016 Pak Roshan 19 views Global
Dadah methamphetamine yang digelar yaba di Thailand.

Dadah methamphetamine yang digelar yaba di Thailand.

Bangkok: Harga dadah methamphetamine di pasaran Thailand, terutama di daerah di wilayah Ayutthaya, mendadak selepas seorang pemungut barangan lusuh yang menemui 700,000 pil methamphetamine bernilai hampir RM25 juta, memberinya secara percuma kepada rakan-rakannya.

Menurut polis hari ini, Prachaub Kanpecth, yang juga pemungut madu lebah hutan didakwa semalam, kerana memiliki dan berniat membekalkan dadah itu selepas ditahan bersama 500,000 pil berkenaan yang digelar ‘yaba’ atau ‘dadah gila’ di rumahnya, di wilayah itu yang terletak kira-kira 80 kilometer dari sini.

Prachaub, 41, memberitahu polis dia menemui pil berkenaan selepas melihat sekumpulan lelaki dalam pikap meninggalkan bungkusan besar dalam semak di tepi jalan.

Polis memulakan siasatan selepas mendapati dadah methamphetamine membanjiri pasaran menyebabkan harganya jatuh menjadi RM12 sedangkan harga biasa ialah RM33 sebiji.

Sebelum ditahan, lelaki itu sudah memberi 200,000 pil secara percuma kepada rakan-rakannya yang memerlukan wang. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan