Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SEDCO serah RM7juta kepada Kerajaan Negeri

Pengiran Saifuddin (kiri) menyampaikan replika cek pembayaran balik pinjman SEDCO kepada Pg Hassanel, disaksikan Musa (dua dari kanan) dan Nasir (dua dari kiri).
Pengiran Saifuddin (kiri) menyampaikan replika cek pembayaran balik pinjman SEDCO kepada Pg Hassanel, disaksikan Musa (dua dari kanan) dan Nasir (dua dari kiri).
KOTA KINABALU  :  Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menyaksikan penyerahan pembayaran balik pinjaman berjumlah RM7 juta oleh Ahli Lembaga Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) kepada Kerajaan Negeri.
Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Pengiran Saifuddin Pg Tahir menyerahkan replika cek kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Pg Hassanel Datuk Pg Mohd Tahir disaksikan Musa dan Pengerusi SEDCO, Dato’ Sri Haji Nasir Tun Sakaran di Dewan Undangan Negeri, petang tadi.
Menurut Nasir, jumlah tersebut merupakan jumlah tertinggi berbanding tahun sebelumnya memandangkan prestasi dan pendapatan kumpulan berkenaan di tahap pencapaian terbaik.
Hadir sama, Timbalan Ketua menteri yang juga Menteri Pembangunan Industri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah.-Penerangan

 

Komen


Berita Berkaitan