Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SEDCO rai pelajar tahfiz, anak yatim dalam majlis iftar

Kota Kinabalu : Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) meraikan para pelajar tahfiz dan anak-anak yatim dalam Majlis Iftar di salah sebuah hotel terkemuka di sini, pada Khamis.

Majlis dihadiri Pembantu Menteri Kewangan, Saripuddin Hatta turut menyampaikan sumbangan SEDCO berupa bantuan kewangan dan keperluan hari raya kepada pelajar Tahfiz Al-Quran Darul Qalam.

Turut hadir Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Datuk Seri Panglima Madius Tangau yang menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim Madrasah Waqaf Islamic Sabah (MAWIS) serta enam buah masjid dan surau iaitu Masjid Kuala Penyu, Masjid Nurul Islamiah Kampung Pamilan Tenom, Masjid Nurul Hidayah Kampung Bangka, Bangka Likas, Surau Al-Hidayah Kota Belud, Surau Kampung Laut Papar dan Surau Raudhatol Jannah Kampung Dangalau Kawari Papar.

Selain berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah para tetamu juga mendengar Tazkirah Ramadan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Kebudayaan Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Dr. Ali Akhbar Gulasan.

Hadir sama, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Arifin Asgari, Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Ben Chong, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah./Penerangan-

Saripuddin Hatta (kiri) bersama Pengiran Saifuddin (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada pelajar Tahfiz Al-Quran Darul Qalam.

Komen


Berita Berkaitan