Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SEDCO menyampaikan zakat perniagaan berjumlah RM200 ribu kepada pusat zakat

3:45pm 22/12/2015 Leolerry Lajius 50 views Tempatan
 Datuk Mohd Suhaili tengah (kiri) ketika penyerahan tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan

Datuk Mohd Suhaili tengah (kiri) ketika penyerahan tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan

KOTA KINABALU: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah  (SEDCO) menyampaikan zakat perniagaan berjumlah RM200,000 kepada Pusat Zakat Negeri Sabah yang merupakan tanggungjawab tahunan yang dilakukan oleh SEDCO.

Menurut Pengerusi MUIS Datuk Mohd Suhaili Hj. Said, penyerahan ini akan diteruskan di masa akan datang dengan jumlah penyerahan adalah bergantung kepada hasil keuntungan dalam perniagaan.

“Pihak SEDCO akan terus berusaha bersama-sama dengan anak syarikat yang lain untuk meningkatkan pendapatan supaya dapat melaksanakan lebih banyak tanggungjawab sosial,”katanya.

Tambah beliau, pihak SEDCO juga akan meneruskan pelbagai aktiviti untuk tahun hadapan sama seperti apa yang telah dilaksanakan pada tahun ini.

Pihak SEDCO juga bakal membina bazaar ramadhan yang akan beroperasi setiap hari di dua buah masjid iaitu di Masjid Negeri Kota Kinabalu dan juga Masjid Daerah Sandakan pada tahun hadapan.

“Pembinaan bazaar ini adalah sebagai salah satu platfrom untuk menarik orang ramai berkunjung ke masjid dan pembinaannya akan diperluas di seluruh negeri ini, “katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan