Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SEDCO menjadi tuan rumah kejohanan GEMAPUTERA 2016

Saifuddin (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Hashim (kanan).
Saifuddin (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Hashim (kanan).

KOTA KINABALU- Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) sekali lagi menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Sukan Gabungan Agensi Amanah Bumiputera & Perusahaan Awam (GEMAPUTERA) kali ke 14 yang dianjurkan di Sabah.

Acara dwi-tahunan tersebut bakal berlansung bermula dari 23 hingga 26 Mac, tahun hadapan.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkata Sabah diantara negeri yang mempunyai kemudahan dan prasarana sukan yang terbaik di Malaysia.

“Kita mempunyai padang golf, arena futsal, bola jaring bertaraf antarabangsa, kawasan perairan yang luas sesuai dijadikan sebagai pusat sukan air, gunung-ganang yang tersergam sesuai untuk sukan daki gunung seperti Mount Kinabalu Climbathon.

“Kelebihan ini hendaklah diterokai secara optima untuk menarik ahli-ahli sukan dari luar negeri sekali gus dapat merancakkan lagi industri pelancongan di Sabah ini”, katanya.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Hashim Paijan ketika berucap sempena majlis pelancaran logo dan laman web kejohanan sukan GEMAPUTERA ke-14 di Hotel Hyatt Regency Kinabalu, di sini, hari ini.

Disamping itu, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Tuan Hj Pengiran Saifuddin Pg Tahir berkata, SEDCO menyasarkan tujuh pingat emas dalam kejohanan tersebut.

Selain itu, beliau juga mengalu-alukan semua pihak agensi untuk melayari laman web GEMAPUTERA di www.gemaputera.sedco.com.my untuk mendapatkan maklumat berkenaan kejohanan yang bakal berlansung pada tahun hadapan itu.

Diantara acara yang akan dipertandingkan di kejohanan tersebut ialah golf, bola jaring, dart, pertandingan pool, karom, boling dan futsal.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah, Penyuki Matta, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong Datuk Samsuddin Yahya. – Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Hashim menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mencipta logo GEMAPUTERA
Hashim menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mencipta logo GEMAPUTERA

Komen


Berita Berkaitan